RM23.00
Perasaan yang memilih (Tidak ada ubat untuk luka yang tak terlihat)
Price RM23.00
Product SKU 0307933440
Brand PENERBITAN FAJAR PAKEER
Availability 5
Quantity
Description
Highlight
“Tolong jadi kekasih olok-olok saya. Please… bertahan untuk beberapa bulan aje. Lepas tu, janji everything will be okey.” -LUQH
 
“Ni semua kerja gila, tau tak? Tak pasal-pasal semua orang cop saya ni girlfriend awak.” – NUWA
 
Menjernihkan hubungan Datin Dhina dan Luqh akhirnya membawa kepada kisah percintaan olok-olok antara Nuwa dan Luqh.
 
Tugas yang diberikan memanglah tidak terlalu sukar. Lakonan mereka begitu mantap sekali gus memudahkan matlamat Luqh tercapai. Mempergunakan gadis lurus bendul seperti Nuwa tidaklah sesusah mana.
 
Tapi, hati Nuwa pula buang tabiat, tanpa sengaja terjatuh hati pada Luqh. Di saat menikmati cinta dalam diamnya itu, Nuwa dikejutkan pula dengan perkhabaran yang tidak diduga. Luqh memilih Zandra.
 
Jika benar Zandra sudah menjadi pilihan hati Luqh, di manakah kedudukannya dalam hidup Luqh?
 
Satu hari, Nuwa ditimpa kemalangan langgar lari dan mengakibatkan kakinya patah. Di sebalik kemalangan yang menimpa Nuwa, ada sebuah rahsia besar yang cuba disembunyikan oleh Zandra daripada pengetahuan Luqh.
 
Di saat Luqh ingin membaiki keadaan, Nuwa sudah berpaling. Baginya Luqh cuma kisah dongeng yang tak mampu digapai lagi.
 
“Mengharap pada benda yang memang dah tahu mustahil, memanglah sakit” – NUWA
 
Dalam diam, Luqh diawasi oleh seseorang. Seseorang yang selama ini memuja dalam diam, membenci tanpa sedar. Bukan Zandra. Tapi…
 
Terhenyak apabila kepercayaan dikhianati. 
 
Tidak sesekali dibiarkan kutukan itu mengganggunya lagi kerana dia percaya luka akan sembuh oleh seseorang yang mengerti cara mencintai.

 

Perasaan yang memilih (Tidak ada ubat untuk luka yang tak terlihat)

Emiesha Nur MK

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

ISBN : 9789838220392