Latest Products
Sort by
Show result

CASIO

FX-570MS (2ND EDITION)

S-.V.P.A.M

2-LINE DISPLAY

401 Functions | Integration and Differentiation Calculations | AAA

RM61.10

Dia tidak secantik cinderella. Penampilan dan hidupnya penuh dengan insiden memalukan. Hidup dia, suka hati dialah. Okay, Stop it! Malik masih menjadi tunangnya pun bagai seribu rahmat.

Kehadiran Shazreena di sisi Malik membuatkan Zulaikha merasa terpinggir. Shazreena si Instafamous tu. Shazreena tayang muka acah bangun tidur, beribu likes masuk. Kalau dia? Orang lebih rela deactivate, kut!

Kemunculan tak diduga anak majikannya membuatkan Zulaikha tak senang duduk. Khalif yang sentiasa menjadi penyelamat di saat dia dibuli. Khalif sentiasa ada memberikan Zulaikha semangat melakukan makeover demi memenangi Malik.

Selama ini, dia  menganggap Malik sebagai Prince Charming tetapi kenapa harus Khalif sentiasa hadir menjadi hero tak didendang? Dalam diam, hatinya terusik dengan kehadiran Khalif.

"Do you love me, Khalif?" - SHAZREENA 

"Yes! I do love you, Shazreena Nuraisya." - KHALIF EHSAN

Kenapa Khalif sanggup menjadikannya kambing hitam semata-mata untuk mendapatkan Shazreena?

Semua mahukan dia berubah. Baik, dia akan berubah! Dari seorang gadis yang sentiasa dibuli, dia akan berubah menjadi seorang yang hati kering.

Dapatkah Zulaikha terus menipu dirinya dengan berlagak diva tanpa perasaan?

Cinderella dan Prince Charming sinonim denga ever after. Dia? Kisah dongeng cintanya hanyalah khayalan. Tapi, dia tidak akan mengalah. Misi mengejar si penakluk hati tetap menjadi urusan rasmi selagi nadinya berbisik kata cinta.

 

RM24.00

Kata orang hati lelaki itu kebal. Kalis tangis dan hiba. Tapi, mereka lupa, lelaki juga manusia. Sebagai manusia, lelaki bukannya makhluk Tuhan yang sempurna. Tanpa Naura, jiwa Zaid mati. Dia tidak kuat untuk menerima hakikat hidup dalam buangan. Tanpa Hydir, separuh jiwa Iman pergi. Kematian cinta hatinya menyimpan luka yang terdalam. Saat derita, takdir menemukan Zaid dan Iman. Insiden demi insiden akhirnya membuka satu lembaran dalam kehidupan mereka. Zaid cuba menawan hati Iman. Iman cuba memberi rasa untuk Zaid. Ketika mereka cuba memberi bahagia, muncul berita yang tak terduga. Naura kembali, bukan menagih hati, cuma ingin memberitahu kewujudannya. Zaid dalam di lema… separuh hatinya masih menyayangi. Separuh lagi? Belum sempat menjelaskan kepada Iman… “Go to hell with your istighfar! You know what? I boleh dapat mana-mana lelaki yang lebih baik berbanding you. I tak rasa I boleh hidup dengan you lagi. Just leave me alone!!” - IMAN I minta maaf kalau kat mata you sekarang, I lelaki yang jahat. Iman, I bukan lelaki syurga yang suci. I bukan malaikat yang perfect tanpa dosa. I bukan nabi yang maksum. I ada khilaf. – ZAID Benarkah dia mempermainkan perasaan seseorang yang mula mencintainya? Pembalasan apa yang setimpal dengan permainan yang menyakitkan ini? Berdamai dengan takdir, melupakan masa silam. Kini, tugas terakhir adalah mencintai satu figura yang seharusnya dimiliki dengan izin-Nya.

RM29.00

“Aku tahu kau tertekan dengan masalah hidup kau. Tapi, bunuh diri bukan caranya!”- AAFIYA Kali pertama pertembungan, salah faham berlaku. Wafeeq tak kisah sangat tentang perkara itu. Sebab dia fikir, itu adalah kali pertama dan terakhir dia akan jumpa Aafiya. Tapi... Sejak nama Aafiya, pelakon wanita terkenal tanah air muncul dalam kamus hidupnya, Wafeeq rasa keamanannya selama ini seakan-akan terganggu. Lebih-lebih lagi, bila Aafiya mula jadi jirannya dan rapat dengan Haris. Wafeeq rasa Aafiya penceroboh. Penceroboh yang cuba mencerobohi tembok kehidupan peribadinya. “Orang akan tetap kata aku gila. Orang akan tetap kata aku lemah iman. Kau pun tahu, kan? Just how cruel and ignorant people can be?” - AAFIYA Namun, entah sejak bila, kehadiran Aafiya juga semakin memberi kesan pada Wafeeq. Wafeeq sendiri tidak dapat memahami perkara itu. Barangkali kerana hatinya terusik melihat dugaan dilalui Aafiya. Semakin lama, dirinya semakin mahu melibatkan diri dalam kehidupan Aafiya. “Doesn’t matter. Sekalipun kau cuma akan melukakan aku, perasaan aku pada kau takkan berubah.”-WAFEEQ Selama ini, Wafeeq tidak fikir akan jatuh cinta sekali lagi. Sehinggalah Tuhan mengariskan perjalanan kisah mereka. Soal hati dan perasaan, siapa saja yang dapat jangka? Andai ditakdirkan dua jiwa bersatu, dari ufuk mana pun datang, mereka pasti bertemu kerana hati lebih tahu apa yang ia mahu.

RM24.00

Satu peristiwa membuatkan Hazril Mifzal menjauhkan dirinya dari keluarga lantas bekerja sebagai pelayan di sebuah warung. Dia juga nekad mahu menjauhkan diri dari semuanya. Namun, pertemuannya dengan Mia Adlina mula mengubah sedikit sebanyak prinsip yang dipegang. Setelah kecewa dengan kecurangan kekasihnya yang bernama Aqil Thaqif... Mia Adlina mengambil keputusan untuk meminta bantuan Hazril Mifzal bagi membalas segala perbuatan Aqil kerana telah curang dengannya. “Apa?! Awak tengok baju saya. Saya punya cantik macam ni awak nak suruh saya cuci kereta?!” - MIA ADLINA “Tak cantik pun... Macam pakai baju kelawar aje. Baju tidur yang jual dekat pasar malam tu, sehelai RM 20 ringgit dan ke bawah...” - HAZRIL MIFZAL “Hei! Eee... Saja nak naikkan darah saya, kan?” - MIA ADLINA Dipujuk rayu, dia masih tidak diendahkan. Mia Adlina mula mengunakan cara brutal, mengugut. Hazril tiada pilihan lain, dia setuju. Tempoh yang diberikan Mia juga tidaklah lama untuk dia turuti permintaan wanita itu. Tanpa sedar, tempoh pura-pura itulah telah membuatkan hati masing-masing berantakan dengan bermacam rasa. Dendam lama Aqil terhadap Hazril makin memuncak apabila lelaki itu muncul kembali dan kini lelaki itu mahu merampas pula Mia darinya. Kenapa mesti dua wanita yang paling dicintainya diragut pergi oleh orang yang sama? “Lelaki yang ada depan awak ni, yang nampak innocent depan mata awak ni sebenarnya lagi teruk daripada saya! Dia ni sebenarnya pembunuh!” - AQIL THAQIF Silap Mia cuma satu, dia percayakan Aqil. Ketika dia sedar dia tersilap percaturan, Hazril sudah pergi. Namun, masih adakah peluang untuk Mia mendapatkan cintanya semula?

RM24.00

Dr. Hayra dan Dr. Zeyl... mereka berdua diiktiraf genius kerana memegang gelaran pakar psikiatri dalam usia yang masih muda. Tapi, mereka sebenarnya tak ikhlas langsung dengan kerjaya itu. Seorang teringin nak jadi pramugari, seorang lagi berangan nak jadi karyawan seagung Shakespeare. Masing-masing sekadar ikut kehendak orang tua yang mahu menjaga reputasi keluarga yang berstatus elit itu.

RM25.00
Berkahwin dengan seorang lelaki yang sering menyimpan curiga, bukanlah satu keadaan yang menyenangkan bagi Ariana. Setiap hari yang dilalui, dia perlu berhati-hati dalam setiap langkah.
 
ARIANA "Sebagai pembantu peribadi mak su, Rin tak boleh elak dari berjumpa Haji Fahmi kalau ada apa-apa urusan berkaitan."
 
Izudin... kegagalan rumah tangganya bersama wanita yang dikasihi, menjadikan dia seorang yang over protective selepas berkahwin dengan Ariana. Pantang telinganya mendengar nama `Haji Fahmi', mulalah dia penasaran. Manakan tidak, Haji Fahmi itu pernah menzahirkan rasa suka pada isterinya. Namun, mampukah Ariana bertahan dengan sikap Izudin yang sering dihantui prasangka dan cemburu itu? Sebagai suami, Izudin berusaha melakukan sesuatu. Dirasakan dirinya seperti ada yang tidak kena, dia merancang berjumpa pakar psikiatri.
 
"Tapi abang tak gila."
 
"Astaghfirullah... sayang... jumpa pakar psikiatri, tak semestinya kita gila."
 
"Rin tak mahu dengar. Bagi Rin, cadangan abang tu mengarut. Abang normal, abang waras, kenapa perlu sampai jumpa pakar psikiatri?"
 
"Kan abang dah kata, setiap individu yang dapatkan khidmat pakar psikiatri, tak semestinya mereka gila. Sayang tolonglah faham. Abang buat semua ni untuk kebaikan kita."
 
Ariana pasrah dengan keadaan. Haji Fahmi yang selama ini dibenci oleh Izudin, adalah orang yang sanggup membawa suaminya menjalani rawatan dengan perubatan Islam.
RM30.00

Dia Aminah. Seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia. Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir terjerumus ke lubang noda yang dia gali sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai ‘Miya’ manakala ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh. Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah kelab malam, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu. Mana mungkin syaitan bersatu dengan bidadari syurga?

“I cuma rasa Omar je yang boleh bimbing you. Takkan syaitan nak membimbing orang masuk ke syurga?”- Adam

“You bukan Tuhan pun nak tentukan lelaki mana yang sesuai untuk I. Dan you tak akan tahu siapa yang lebih sesuai dengan I.”- Aminah

Aminah mula dilabel sebagai penunggang agama ketika niatnya ingin membawa sahabat baiknya mengenal Tuhan disalahertikan.

“You ustazah hipokrit! You sembunyikan semua kejahatan you di dalam pakaian ustazah!”

Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah. Di saat Allah memberi hidayah, Allah tetap menguji kekuatan setiap hambanya untuk terus menggenggam atau melepaskannya. Dapatkah Aminah bertahan? Mampukah Aminah menarik rakan-rakannya keluar dari lembah hina? Dan dapatkah Adam memiliki hati seorang niqabis sedangkan dia sendiri berpaling dari Tuhannya? Ini bukan kisah cinta mereka. Tapi, ini kisah mereka semua mencari cinta DIA.

RM28.00

Buat mereka yang perlukan sesuatu untuk adakan semula "spark" dalam hubungan mereka.

RM22.00

Ramai yang keliru tentang Kronologi bencana akhir zaman dan masih kabur bahawa sebenarnya ia sedang berlaku secara beransur-ansur melalui petanda yang disebutkan Nabi SAW.

Ramai yang tidak tahu bahawa alam ini dan manusia sedang melalui proses “pengakhiran peradaban” yang sangat drastik dan dahsyat sejak akhir-akhir ini.

Kenapa 2020?

Maka, buku Bencana 20:20 bakal mempertontonkan di hadapan anda, 20 bencana dahsyat yang sedang terjadi dan 20 bencana yang bakal saya dan kamu lalui. Ia terlalu menyeramkan dan menggerunkan.

RM29.90

MALAIKAT BERBAJU MERAH adalah buku pertama pengasas produk Nahain Creative.

Buku yang sarat dengan emosi yang mampu membakar semangat anda untuk menunaikan umrah dan haji. Rasa nak terbang segera. Bahasanya membuai rasa seolah diri benar berada di sana. Merasai apa yang penulis rasa melalui kisah-kisah benarnya yang bahagia, takut, cemas, suka, duka dan teruja.

Dan yang istimewa untuk bakal jemaah haji dan umrah ada BONUS lebih 70 tip dan senarai semak persediaan haji dan umrah (lelaki dan wanita). Sangat sesuai untuk anda..

  •  Santai-santai baca hingga tersengih, ketawa dan meleleh airmata.
  •  Untuk hadiah bermenafaat dan berharga.
  •  Untuk bangkitkan semula rasa dan aroma Mekah Madinah bagi yang pernah berada di sana.
  •  Untuk membakar jiwa anda menunaikan haji dan umrah dengan segera.
  •  Untuk semak keperluan ke sana supaya tidak ada barangan yang terlupa.
  •  Untuk menghadam ilmu haji dan umrah secara santai, ringan dan tak terasa.
  •  Untuk membuai perasaan anda seolah anda yang berada di sana.
  •  Untuk sedekah amal jariah anda kerana setiap RM2 dari pembelian buku ini akan dimasukkn ke dalam TABUNG TAJAAN HAJI/UMRAH JEMAAH YANG TIDAK BERKEMAMPUAN. Moga kita dapat mengutip keberkatan dari mabrurnya haji dan umrah mereka. Aamiin.
RM39.90
“Saya minta maaf, encik! Saya tak sengaja langgar encik!” – MARISA SAFIYYAH
 
Pertemuan tidak sengaja di antara Marisa Safiyah dan Noah Lee Jin Hua menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka. Namun, Noah kecewa apabila mendapat tahu keluarga Safiyyah menjodohkan gadis itu dengan seorang imam muda, Ibrahim. 
 
Walaupun hati Safiyyah sudah terpaut pada pemuda bermata sepet itu, dia tetap taat dengan permintaan ayahnya yang ingin bermenantukan Ibrahim.
 
“I tak layak nak bertanding dengan imam muda itu. Ayah you betul! Ibrahim adalah yang terbaik untuk you, Safiyyah.” – NOAH LEE
 
Tentangan keluarga dan takdir memisahkan mereka. Noah memilih untuk menerima tawaran kerja di Dubai. Tiga tahun Noah dan Safiyah berpisah. Di Dubai, Noah bertemu Aulia Kristoph. Persahabatan di antara mereka melahirkan rasa cinta di hati Aulia.
 
“Aku mencintaimu, Mas Noah. Demi Tuhan aku mencintaimu!” – AULIA KRISTOPH
 
Besar harapan Aulia padanya. Besar lagi beban Noah apabila dia kembali bertemu Safiyyah di Mesir.
 
Berdosakah jika dia masih mencintai gadis itu walaupun dia tahu Safiyyah mungkin sudah bersuamikan Ibrahim? Memilih antara gadis yang pernah dicintai ataupun gadis yang sedang mencari cinta. 
 
Bahagia dengan yang baru atau bahagia dengan masa lalu? Apapun takdir yang telah ditetapkan-Nya, genggamlah sebelum ia hilang.
RM23.00
Hijab Qasyaf bukanlah hadir dengan semula jadi, tapi hijabnya terbuka atas hatinya yang hitam dan dendamnya dengan Nada, kakaknya. Qasyaf Ilmi memiliki perangai yang cukup memeningkan keluarganya. Akhirnya, dia dihantar tinggal bersama datuknya. 
 
“Mereka hantar cara baik, mereka nak ambil pun cara baik. Jangan fikir bukan-bukan.” Atok menasihatinya.
 
Kepulangannya di rumah membuatkan Qasyaf menjadi lebih tertekan dan pelbagai gangguan mengganggunya, malah cuba mencederakan keluarganya. 
 
“Jangan! Jangan ganggu mereka…”
“Dia milik aku!” Keras suara makhluk itu mengugut.
“Berhenti! Aku... aku ikut kau. Jangan ganggu keluarga aku lagi. ” – QASYAF
 
Seboleh mungkin Qasyaf cuba buktikan yang dia tidak pernah sekali pun memeterai perjanjian terkutuk itu. Tetapi di setiap pencariannya membawa jawapan dialah si pelaku.
 
Qasyaf mula nekad akan menggunakan kelebihan hijabnya untuk membantu masalah misteri yang menimpa keluarganya dan ingin membaiki keadaan yang dia sendiri porak-perandakan. 
 
Kenapa perlu untuk susahkan diri membongkar kebenaran yang menyakitkan hati sendiri? Yang juga membuka aibnya yang kelam?
RM23.00
“Saya tak tahu cara untuk mendekati dia. Dia sangat istimewa. Awak satu-satunya harapan saya.” – ADAM DAVIAN
 
Hadirnya tanpa diminta. Kiera mula jatuh hati dan berharap Adam juga merasakan benda yang sama. Namun, punah harapannya apabila Adam mencintai kawan baiknya, Jo. 
 
“Saya tidak mampu membuat awak jatuh hati kepada saya. Saya tidak mampu untuk memenangi hati awak…” – SHAKIRA AMIRUDDIN
 
Kiera hanya mampu meluahkan perasaan melalui pementasan teater bersama Adam. Cukuplah walau hanya lakonan, dia sudah bahagia. Tetapi, lakonannya untuk berpura-pura melihat kemesraan antara Adam dan Jo tidak dapat ditahan lagi. Kiera perlu jauhkan diri. 
 
Kemunculan Farish Hakim, si gengster yang ada di mana-mana selalu menjengkelkan hatinya. Kerap benar mamat perasan tu menyibuk mengalahkan pak cik bawang. 
 
“Dia bukan anak aku, dia pembunuh!” - AMIRUDDIN
Tidak cukup dengan kemelut perasaan yang menyeksa hati, ayahnya pula tiba-tiba membenci dirinya. Macam mana Kiera tidak pernah mengetahui yang ayahnya menghidap kemurungan kronik disebabkan oleh satu rahsia? Kepada siapa dia hendak mengadu nasib? 
 
Bukan diri ini tidak menerima kenyataan, cuma mengapa fatamorgana yang indah selalu tidak berpihak kepadanya? 
 
Andai dimiliki kuasa, pasti dia tidak inginkan rasa ini menghambat hatinya terlalu lama. Apakan daya takdir memang sentiasa melingkari kamus hidup manusia.
RM23.00
“Tolong jadi kekasih olok-olok saya. Please… bertahan untuk beberapa bulan aje. Lepas tu, janji everything will be okey.” -LUQH
 
“Ni semua kerja gila, tau tak? Tak pasal-pasal semua orang cop saya ni girlfriend awak.” – NUWA
 
Menjernihkan hubungan Datin Dhina dan Luqh akhirnya membawa kepada kisah percintaan olok-olok antara Nuwa dan Luqh.
 
Tugas yang diberikan memanglah tidak terlalu sukar. Lakonan mereka begitu mantap sekali gus memudahkan matlamat Luqh tercapai. Mempergunakan gadis lurus bendul seperti Nuwa tidaklah sesusah mana.
 
Tapi, hati Nuwa pula buang tabiat, tanpa sengaja terjatuh hati pada Luqh. Di saat menikmati cinta dalam diamnya itu, Nuwa dikejutkan pula dengan perkhabaran yang tidak diduga. Luqh memilih Zandra.
 
Jika benar Zandra sudah menjadi pilihan hati Luqh, di manakah kedudukannya dalam hidup Luqh?
 
Satu hari, Nuwa ditimpa kemalangan langgar lari dan mengakibatkan kakinya patah. Di sebalik kemalangan yang menimpa Nuwa, ada sebuah rahsia besar yang cuba disembunyikan oleh Zandra daripada pengetahuan Luqh.
 
Di saat Luqh ingin membaiki keadaan, Nuwa sudah berpaling. Baginya Luqh cuma kisah dongeng yang tak mampu digapai lagi.
 
“Mengharap pada benda yang memang dah tahu mustahil, memanglah sakit” – NUWA
 
Dalam diam, Luqh diawasi oleh seseorang. Seseorang yang selama ini memuja dalam diam, membenci tanpa sedar. Bukan Zandra. Tapi…
 
Terhenyak apabila kepercayaan dikhianati. 
 
Tidak sesekali dibiarkan kutukan itu mengganggunya lagi kerana dia percaya luka akan sembuh oleh seseorang yang mengerti cara mencintai.
RM23.00
"Manusia! Penuh dengan alasan kan? Kalau kita sibuk, dia kata dia sunyi. Kalau kita sentiasa ada, dia kata kita mengongkong."- DIANA
 
"Susah juga. Bila kita terpaksa berhadapan dengan orang yang salah, tapi menipu untuk raih kemenangan." – SYAFIQ
 
Dua insan berbeza. Bertemu kerana dendam. Kisah silam yang disimpan rapat oleh Diana, kini diungkit-ungkit Syafiq. Lelaki yang hadir dalam hidupnya kerana satu titik noda yang membawa kepada kehancuran. 
 
Diana cuba lari, namun terperangkap dalam mainan emosi yang dicipta oleh Syafiq. Ditambah pula desakan seorang ibu yang ingin menuntut kemaafan daripada orang-orang yang pernah menjadi mangsa kerakusan nafsu zaman mudanya. Diana menjadi korban. 
 
“Aku tak akan lupa, sampai bila-bila, apa yang telah dilakukannya pada keluarga aku.” – SYAFIQ
 
“Kesetiaan bukan terletak pada jarak atau masa, tapi pada sekeping hati.” - DIANA
 
Mengapa perasaan itu terjatuh pada orang yang salah? Haruskah sepasang cinta itu terkubur, ketika rasa itu semakin merasuk hatinya. 
 
Sepahit apapun kisah silammu. Kau dan aku tidak ada lagi riwayat luka. Yang ada cuma rasa mencintai tanpa pergi.
RM26.00
‘Perampas! Tak kahwinlah kau sampai ke tua!!!’
 
Demi Allah, tohmahan itu terlalu memeritkan. Demi Rabbnya Yang Maha Pengampun, dia rela mengalah asalkan wanita yang disakitinya itu, menemukan cinta sucinya semula. Lantas dia berkelana, membawa kesedihan nun jauh ke Kota Seoul. Bagi UMAIRAH HUSNA, tiada insan yang lebih teruk ditimpa ujian daripada Yang Maha Esa, melainkan dirinya.
 
SHEIKH MUZAMMIL FARHAN, Encik Penunjuk Arah setibanya Maira di Seoul, nampak garang di luaran namun setelah menelusuri hati budi lelaki itu, Emil taklah seteruk seperti yang Maira sangkakan! Cuma Maira buntu. Kenapa semakin mengenalinya, Emil terlihat aneh? Seolah-olah ada dua orang lelaki berkongsi satu tubuh yang sama. Mana satu diri Emil yang sebenar-benarnya?
 
Dan kejadian hitam yang berlaku di Hongdae lewat malam itu, membawa Maira masuk ke dalam keluarga kecil lelaki itu. Ada appa yang penyayang, ia satu bonus. Tapi bila dongsaengnya pun ikut berperangai ganas seperti hyungnya juga, Maira rasa nak tinggalkan keluarga ni cepat-cepat.
 
“You have to promise me that you will never get close to my brother ever again! Do you hear me?”- KIM MYUNGSOO
 
“You have my words...”
 
Lumrah hidup. Tak selamanya kesedihan dan kebencian berarak memayungi diri. Sekali Allah kata Kun Fayakun! Tiada hamba-Nya yang mampu mengubah takdir. Dan tiada apa yang dapat menghalang penyatuan dua hati antara Maira serta Emil. Namun, mampukah perkahwinan yang dibina kekal memacu hingga ke syurga?
 
Hanya pada Rabbnya, mereka sandarkan kepercayaan.
RM33.00

Certified By:- Kementerian Pendidikan Malaysia

  • 401 Functions
  • 2-Line Display
  • Dot Matrix
  • Cell Battery
  • Plastic Keys
  • Auto Power Off
  • Large Display
  • Check Battery Status
  • Solar Power
  • Security Engraving
  • On Key Reset
  • Battery Cover
RM35.00